Friday, 1 May 2015

DI TEMBAK KALI KE-2 DALAM TEMPOH 7 BULAN



George Town, 1 Mei - Seorang pemandu lori cedera ditembak dua lelaki bermotosikal di Jalan Brown Pulau Tikus, di sini, awal hari ini yang juga kejadian kedua mangsa ditembak dalam tempoh tujuh bulan.

Ketua Polis Pulau Pinang Dato’ Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian pada 3.20 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 28 tahun itu cedera di tangan kiri dan kedua-dua belah peha.

"Mangsa yang ketika itu sedang memandu lori terkena beberapa das tembakan dan dia kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Keadaannya dilapor stabil," katanya kepada pemberita selepas program pelepasan Konvoi Kelab Motosikal SYM 1Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata selepas ditembak, lelaki berkenaan dilapor terus memandu kenderaannya sejauh kira-kira 600 meter menuju ke Persiaran Midlands dan dijumpai oleh orang awam.

“Polis menemui tujuh kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian,” katanya.

Abdul Rahim berkata lelaki itu pernah ditembak pada jarak dekat di perkarangan rumahnya di Sungai Tiram, Bayan Lepas pada 12 Oktober lepas. Ditanya adakah lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kaitan antara kedua-dua insiden itu, beliau berkata : "Kami akan siasat dari pelbagai sudut termasuk latar belakang mangsa".


Sumber-Portal rasmi PDRM

Friday, 23 January 2015

THIS IS PANTAI TIMUR (tragedi 24 Dec 2014)

       

      

       
 

"KUN FAYAKUN" itu lah ungkapan yang paling layak untuk kita lafazkan,semua bala bencana 
datangnya dari ALLAH yang maha pencipta,yang maha mengetahui segala-galanya.
Mungkin ALLAH terlalu merindui rintihan daripada hambanya,mungkin sudah terlalu lama kita 
tidak sujud meyembahnya...

Anggap lah bencana yang berlaku adalah kifarah diatas segala dosa2 kita,redha lah...
Mungkin ada hikmah di depan hari,bersyukur lah kepada ALLAH kerana telah memilih kita untuk
diberi ujian dan dugaan,walaupun banyak harta benda yang telah musnah kehidupan perlu 
di terus kan...

Kita sebagai hamba,bertaubat lah,renung2 kan lah ke dalam diri kita,apa yg telah kita lakukan,
sesungguhnya apa yang telah berlaku adalah bersebab...


       

" Walau seteruk manapun bencana yang telah kita lalui,biarlah tetap teguh IMAN di dalam hati kita,
jangan sesekali mempersoalkan kenapa diri kita diduga begini dan begini" itu lah yang seelok-eloknya kita sebagai seorang hamba...

"Barangsiapa dikehendaki ALLAH baginya KEBAIKAN,maka akan diberi cubaan 
kepadanya"

                                               

Monday, 24 November 2014

AKU ANAK KAMPUNG

        

aku anak KAMPUNG,telah banyak yg aku baca dari blog2,buku2,novel2 yg berkisar kan kehidupan kampung yg damai yg jauh dari kesibukan kotaraya yg cuba di karang melalui imaginasi penulis.Aku bukan lah seorang penulis yg berbakat tp aku teramat meminati bidang penulisan.Jika ada kekhilafan dalam penggunaan ayat atau abjad anda buat x tau je lah....

Aku juga ingin bercerita tentang kehidupan di sebuah kampung yg jauh di hulu sebuah negeri dalam malaysia,cerita nya lebih kurang sama dengan  apa yg pernah aku baca,suasana nya sungguh nyaman,pada awal pagi kelihatan kabus yg menyeliputi bukit bukau,suara kicauan burung menembusi telinga takkala sang mentari baru saja ingin menunjukkan kuasanya.Spesis burung yg dalam perlindungan mergas tua juga banyak kelihatan pasti mengiurkan kaki2 peminat burung jika anda pernah sampai kesini.Pada malam hari kedengaran suara2 ungas yg aktif pada waktu malam yg boleh menenangkan jiwa yg tengah kacau,jauh bezanya dengan kehidupan di kotaraya...


        
    


aku anak KAMPUNG,cuba anda tengok gambar nie,bukan jumlah baldi yg menjadi persoalan,bukan jumlah timba yg menjadi ukuran atau bukan jenis kain batik yg dipakai oleh hamba ALLAH ini yg nak dipertikai kan tetapi dalam kehidupan yg serba moden seperti zaman sekarang nie masih ada lagi suasana macam nie.Aku difaham kan ini lah sumber air tandak yg ada kat kampung nie,bila hari hujan je air lumpur pula yg mengalir,bila ada kematian semua penduduk ber gotong-royong mengumpulkan air untuk nak mandikan simati,time kenduri pun sama.Takkala orang bandar sedang seronok mandi di dalam tab mandi orang kampung pula mandi di bawah pohon rambutan yg rimbun,lalu anak2 muda boleh lah mereka mencuci mata jika ada anak dara atau janda muda yg sedang mandi.Kalau nak mandi wajib camana ekkk...???kalau mandi depan orang lalu lalang mesti kantoi kan semalam mengawan...ha3.Aku pun hairan kenapa orang kampung di pendalaman terpinggir dari menikmati arus kemodenan...???orang kampung terperangkap dengan sikap pemimpin2 yg lebih pentingkan diri sendiri dan kuasa,sekarang kita di tahun 2014,dimana kita 6 tahun akan datang...???benar lah kata2 mantan perdana menteri malaysia ke -4 tun dr.mahathir,MALAYSIA x akan kemana2 pada tahun 2020 jika sikap pemimpin masih ditahap sekarang.Aku bukan nya nak bercakap pasal politik,cuma kadang2 aku rasa terkilan dan berasa bodoh dengan suasana politik malaysia peninggalan British,memang jelas minda kita masih dijajah.Dunia sekarang sama dengan dunia haiwan dekat taman negara di afrika,siapa hebat dialah yg boleh hidup dan memerintah.Jauh terpesong dengan kehidupan sunnah RASULLULAH s.a.w dan AL-QURAN.Wahai pemimpin2 malaysia,sudah bersediakah kamu untuk menjawab di hadapan ALLAH nanti...???


        


 aku anak KAMPUNG,aku bangga di lahirkan sebagai anak kampung.ARKITEK,DOKTOR,JENERAL,LAWYER,PENSYARAH,JURUTERA dan ramai lagi mereka yg terjebak di dalam bidang profesional yg memulakan langkah pertama mereka di kampung.Pendek kata asal dari KAMPUNG,bertemankan cahaya lampu pelita minyak tanah,beralaskan perut dengan ubi kayu rebus yg berbalut dgn kelapa berserta gula,memang enak jikalau ada bersama secawan kopi panas sementara menunggu mata terlelap.Sekarang ramai yg malu nk mengaku asal dari KAMPUNG,padahal hanya berkerja sebagai operator kilang,pekerja restoran,pusat mencuci kereta automatik sebagai tukang vakum,penjaga parking,guard shopping complex dan banyak lagi lah klu nk di ceritakan.Kadang2 bila balik kampung dialek pun dah berubah.Mungkin level blh up sikit kot kalau tinggal dekat bandar,biar lah walaupun tinggal kat flat ataupun rumah setinggan,time nak balik kampung hutang sana sini,hutang keliling pinggan x kisah janji dapat bergaya kat kampung.Dekat kampung x ada 7-eleven,x ada karaoke,dangdut lagi lah x ada,jam 9 malam suasana dah sunyi sepi,hanya kedengaran suara cengkerik yg sungguh merdu,klu hari hujan pula boleh lah kalau nak beradu suara dengan katak yg sedang memanggil hujan.Nak tdo malam x payah guna aircond,sejuk memang original,menusuk kalbu.


                        




                        
 
aku anak KAMPUNG,kat kampung juga banyak daun2 herba yg boleh di jadikan ubat untuk kegunaan pelbagai jenis penyakit,contoh seperti di dalam gambar diatas,spesis nie dikenali sebagai rambia atau lebih glamour lg dengan panggillan KETUM.Walaupun sekarang telah diwartakan sebagai akta dadah namun ia tetap menjadi herba yg terbaik bagi orang kampung dalam merawat penyakit diabetis,darah tinggi,masaalah ketagihan dan pelbagai lagi tetapi mesti digunakan dengan sukatan yg tertentu.Ketum boleh didapati dimana2 saja di kawasan kampung,ia tumbuh meliar di sekitar kawasan sungai.Selain ketum,hempedu bumi,rajawali,tongkat ali,kacip fatimah,misai kucing,duri tujuh,daun sireh juga senang untuk didapati sekitar kawasan hutan yang masih terpelihara kesuciannya.Dekat bandar ramai lagi orang yg masih belum mengetahui tentang penggunaan herba dalam bidang perubatan.


aku anak KAMPUNG,aku rasa cukup lah dulu untuk part 1 kisah aku anak KAMPUNG,aku menulis sekadar koleksi untuk blog aku dan aku juga ingin berkongsi kisah dengan orang2 bandar yg ingin mendalami suasana hidup di kampung,aku juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kiranya ada insan yg sudi membaca buah tangan dari aku anak KAMPUNG....







Saturday, 18 October 2014

Mukjizat Al Quran Yang Jarang Dipertengahkan

       


 Al Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan umat Islam selagi mereka berpegang teguh dengannnya. Nuzul bererti turun atau berpindah manakala Al Quran bermakna bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana Al Quran itu untuk dibaca oleh umat Islam. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam Al Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Peristiwa nuzul Al Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril. Dan ini ditegaskan melalui firman Allah yang bermaksud :

             " Ramadhan yang padanya diturunkan Al Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah "
( Surah Al Baqarah : 185 )


Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Ia dinamakan mukjizat teragung kerana kehebatannya. Antaranya ialah :

Allah berfirman yang bermaksud :  " Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al Quran ini, mereka tidak akan mendapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka membantu sesama sendiri." ( Surah Al Isra' : 88 )

Orang yang membaca, menghafaz dan melihat Al Quran sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

Al Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup umat Islam di dunia dan di akhirat
Tidak sesiapa pun samaada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai Al Quran. Firman Allah yang bermaksud : " Dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah penolong-penolong kamu, selain Allah, sekiranya kamu orang yang benar." ( Surah Al Baqarah : 23 )
Al Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia Al Quran secara menyeluruh sehingga ke hari ini. Ini bererti kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan Al Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
Al Quran merupakan petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya terang. Allah berfirman yang bermaksud : " Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertaqwa. " ( Surah Al Baqarah : 22 )
Membaca Al Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah S.A.W bersabda dengan maksudnya : " Bacalah Al Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya. "

Sesungguhnya Al Quran mempunyai 3 hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya :

Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya
Hak untuk bertakbir atau memahaminya dan menjiwainya
Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya

Beberapa peringatan untuk kita bersama :

Al Quran diturunkan adalah untuk dibaca dan diamalkan bukan setakat dijadikan perhiasan
Al Quran tidak akan menjadi syifa' ( ubat ) bagi orang-orang yang ingkar dan zalim
Al Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang bertaqwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah Al Quran dengan izin Allah
Pesan Nabi Muhammad S.A.W : " Aku tinggalkan 2 perkara yang jika kamu berpegang kepada keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan sunnahku. "

Al-Quran menjadi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki-Nya. Ramai mendapat nur Islam bermula dengan mendengar bacaan Al-Quran. Saidina Umar memeluk Islam selepas mendengar bacaan Al-Quran. Hatinya yang dulu keras menolak Islam, cair dan lemah serta merta apabila mendengar ayat suci Al-Quran.

Kekuatan dan keagungan Al-Quran tiada bandingannya. Sesungguhnya, kandungan Al-Quran tidak mampu dicipta oleh manusia. Bahkan, tidak mungkin ada satu ayat ciptaan manusia yang menandingi ayat Al-Quran. Allah menegaskan betapa biarpun manusia berkumpul dan menggabungkan fikiran serta saling membantu, tidak mungkin manusia dapat melakukannya.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Quran ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-Isra, ayat 88).

Perbahasan dan kajian terhadap kandungan Al-Quran tidak akan selesai. Pemikiran manusia tidak mampu memahami atau menafsirkan perkataan demi perkataan atau ayatnya dengan sepenuhnya.

Perkataan ringkas "alif, lam, mim" masih belum diungkaikan maksudnya. Inikan pula dalam perkara yang jelas rumit yang tidak mungkin mampu difikirkan oleh manusia.

Bagaimanapun, keterbatasan pemikiran manusia menafsir Al-Quran bukan halangan untuk manusia mengambil manfaat daripadanya. Bahkan, itulah satu kelebihan mukjizat yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW dan seluruh umatnya.

Seluruh umat Islam menggunakan bahasa yang sama, bahasa Arab, untuk membaca Al-Quran, biarpun bahasa pertuturan harian mereka menggunakan bahasa lain. Membacanya memberi satu kekuatan rohani.

Begitulah kehebatan Al-Quran, orang sanggup bersengkang mata membacanya, biarpun tidak memahami kandungnya. Bacaan diulang-ulang, sehingga ada sudah mengulang membaca keseluruhan Al-Quran berpuluh dan beratus-ratus kali.

Sekiranya Al-Quran hanya sekadar sebuah buku biasa, tidak akan ada manusia di dunia ini yang sanggup membaca, sedangkan tidak memahaminya.

Kandungan al-Quran tidak perlu ditukarkan kepada bahasa lain, semata-mata untuk menarik minat orang membacanya. Ia berbanding dengan kitab agama lain yang boleh diterjemah atau diubah-ubah mengikut sesuka hati.

Kandungan Al-Quran tetap asli dan tidak mungkin diubah sampai ke hari kiamat. Al-Quran terus memenuhi dada-dada orang Muslim yang menghafal dan membacanya.

Kehebatan kandungan Al-Quran mendorong bukan Islam mengkajinya. Semakin banyak penemuan sains berjaya dikaji, semakin jelas kebenaran al-Quran di sisi orang bukan Islam. Ketika pakar sains merayakan kejayaan penemuan mereka, sebenarnya perkara itu tercatat dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun lalu.

Ketepatan kandungan Al-Quran berdasarkan kepada kejadian alam yang dibongkar oleh ahli sains, membuktikan Al-Quran bukan ciptaan Nabi Muhammad. Tidak mungkin bagi seorang yang buta huruf seperti Rasulullah SAW dapat mencipta kandungan Al-Quran yang mengandungi kenyataan berkaitan sains dan teknologi.

Bahkan, tidak munasabah untuk mengatakan manusia yang hidup lebih 1,400 tahun lalu mengetahui mengenai penemuan sains yang memerlukan kajian dan penggunaan alatan canggih.

Perkara ini tidak sukar diterima oleh orang beriman. Allah Maha Pencipta. Dialah mencipta semua makhluk di dunia ini. Jadi, Dia dapat menceritakan dengan jelas bagaimana proses setiap kejadian dengan tepat.


Malah sebahagian kandungan Al-Quran yang menyatakan mengenai kejadian alam, adalah bukti kewujudan Allah dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad.

Pengkaji Barat yang selama ini bermegah dengan doktrin bahawa agama dan sains terpisah, terpaksa mengakui kebenaran Al-Quran. Agama Islam adalah panduan dan cara hidup. Sebab itu, Al-Quran memberikan gambaran menyeluruh berkaitan kehidupan manusia.

Disebabkan kandungan Al-Quran tidak mampu dijelaskan sepenuhnya oleh sesiapa, maka ia memberi peluang untuk manusia sepanjang masa tidak putus-putus membongkar segala rahsia yang terkandung di dalamnya.
 
(dipetik di laman web JAIS dan Ukhwah)

1) Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Seorang mukmin yang membaca Al Qur`an dan beramal denganya adalah bagaikan buah utrujah, rasanya lezat dan baunya juga sedap. Dan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an namun beramal dengannya adalah seperti buah kurma, rasanya manis, namun tidak ada baunya. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an adalah seperti Ar Raihanah, aromanya sedap, tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an adalah seperti Al Hanzhalah, rasanya pahit dan baunya juga busuk." - shahih bukhari

2) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membaca Al Qur`an kemudian dia menghafalnya dan menghalalkan apa yang dihalalkan Al Qur`an serta mengharamkan apa yang diharamkan Al Qur`an, niscaya dengannya Allah akan memasukkannya ke dalam surga dan dapat memberi syafa'at kepada sepuluh keluarganya yang wajib masuk neraka." Abu Isa berkata; Hadits ini gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini, padahal sanadnya tidak shahih, Hafs bin Sulaiman telah dilemahkan dalam masalah hadits. - Sunan Tirmizi

3)  Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Pada hari kiyamat, Al Qur`an akan datang kemudian berkata; "Wahai Rabb berilah dia pakaian, " maka dipakaikanlah kepadanya mahkota kemuliaan, kemudian Al Qur`an berkata lagi; \"Wahai Rabb, tambahkanlah kepadanya, " maka dipakaikan kepadanya pakaian kemuliaan, kemudian berkata lagi; \"Wahai Rabb ridlailah dia, \" akhirnya dia pun diridlai, kemudian dikatakan kepada ahli Al Qur`an; \"Bacalah dan naiklah, niscaya akan ditambahkan kepadamu satu pahala kebaikan pada setiap ayat.\" Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih. - Sunan Tirmizi

4)Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: \"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an), maka baginya satu pahala kebaikan dan satu pahala kebaikan akan dilipat gandakan menjadi sepuluh kali, aku tidak mengatakan ALIF LAAM MIIM itu satu huruf, akan tetapi ALIF satu huruf, LAAM satu huruf dan MIIM satu huruf.\"  - Sunan Tirmizi

5) "Sesungguhnya Al Qur'an ini adalah jamuan Allah, maka ambillah darinya semampu kalian. Sungguh, aku tidak mengetahui sesuatu yang lebih kosong dari kebaikan selain rumah yang di dalamnya tidak ada bacaan Al Qur'an. Sungguh, hati yang di dalamnya tidak ada bacaan Al Qur'an adalah hancur seperti hancurnya rumah yang tidak berpenghuni.\" - sunan darimi

6)Sesungguhnya rumah akan terasa luas bagi penghuninya, para malaikat akan mendatanginya, setan-setan akan menjauhi dan kebaikannya akan bertambah jika Al Qur'an dibaca di dalamnya. Dan rumah akan terasa sempit bagi penghuninya, para malaikat menjauhinya, setan-setan datang dan kebaikannya berkurang jika di dalamnya tidak dibacakan Al Qur'an.\" - - sunan darimi

7) "Sesungguhnya Al Qur'an adalah jamuan Allah maka pelajarilah dari jamuan-Nya semampu kalian. Sesungguhnya Al Qur'an adalah tali Allah, cahaya yang terang dan obat yang bermanfaat. Perlindungan bagi orang yang berpegang teguh dengannya dan keselamatan bagi orang yang mengikutinya. Ia tidak pernah menyimpang hingga harus dicela, dan tidak pernah bengkok hingga harus diluruskan. Keajaibannya tidak pernah habis dan tidak akan membuat bosan karena banyak pengulangan. Oleh karena itu, bacalah Al Qur'an, sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepada kalian karena membacanya, dengan setiap huruf sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif lam Mim, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.\" - sunan darimi

8)"Sesungguhnya jalan ini dipenuhi dengan setan-setan yang selalu datang sambil berseru, 'Hai hamba Allah, ini adalah jalanmu.' Oleh karena itu berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah, sesungguhnya tali Allah adalah Al Qur'an.\" - sunan darimi

9)\"Sesungguhnya pembaca Al Qur'an dan yang mempelajari Al Qur'an akan didoakan oleh para malaikat hingga mereka menyelesaikan satu surat, jika salah seorang dari kalian membacakan suatu surat maka hendaklah ia menunda membaca dua ayat dari surat tersebut hingga ia dapat menyelesaikannya di akhir siang, agar para malaikat mendoakan orang yang membaca dan orang yang dibacakan dari awal sampai akhir siang.\" - sunan darimi

KISAH MARYAM DI KEBUMI OLEH MALAIKAT DAN BIDADARI SYURGA

Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.

Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

Wednesday, 10 September 2014

"LESUNG BERLUBANG" FAKTA atau MITOS semata2....

       



Sekilas pandang ini hanya lah sebuah lesung yg selalu di gunakan oleh kaum hawa untuk menghancurkan bahan untuk memasak.Terdapat berbagai jenis lesung yg ada di jual dipasaran,berbagai bentuk Dan berbagai harga namun cara menggunakan nya adalah sama...



           

Yg menarik perhatian saya adalah tentang gambar "LESUNG BERLUBANG" seperti di dalam gambar ini,lubang yg terdapat pada lesung nie bukan ciptaan manusia,saya terjumpa lesung nie secara x sengaja semasa sy sedang menolong ayahnda sy menanam pokok getah pada tahun 2011,sampai sekarang sy simpan.
Pernah sy bagitau dekat seorang pak cik tua pasal lesung nie,dia pesan dekat sy " Kau jangan buang lesung nie,Kau simpan elok2,klu kau nk buang,Kau bagi dekat aku je" katanya......

   




    


Pernah juga sy menceritakan pasal lesung nie dekat kedai kopi,sampai ada yg mintak nk beli,sy bagitau yg sy akan jual klu berkenan dengan harga tp apa kegunaannya....???
Bagi kaki nombor ekor,mereka cakap lesung nie boleh di gunakan untuk menurun nombor,bagi ahli perniaagaan pula mereka bagitau boleh di buat sebagai pelaris,banyak lagi lah cerita yg sy dengar daripada mulut orang2 tua pasal lesung nie...

Nak dijadikan cerita ada seorang pak cik datang cari sy untuk nk tengok lesung nie,dia dengar cerita pasal lesung nie daripada kawan nya,sy pun bagi lah dia tengok,dia cakap "betul,lubang yang ada pada lesung nie bukan ciptaan manusia"secara x sengaja dia tersepak lesung nie,keesokkan harinya dia menelefon sy sbb nk jumpa sy,sy tanya kenapa...???dia kata nanti kita cerita,jarak tempat dia tinggal dgn kampung sy lebih kurang 150 km,sy tinggal kat kelantan,pak cik tu orang terengganu.Dia memiliki sebuah restoran besar dekat terengganu.

Sampai je dia kat rumah sy,terus dia minta maaf sbb dia x sengaja menendang lesung sy semlm,dia cakap kakinya bengkak dan sy tengok sendiri memang kakinya bengkak,so sy x tanya lah kenapa dia pakai tongkat...sy bagitau pak cik tu apa kena mengena lesung nie dgn kaki pak cik tu...???mungkin secara kebetulan je benda nie nk jadi...
Dia pun cakap mungkin juga nk kebetulan,dlm hati sy terus tertanya2 kebenaran cerita pak cik nie sbb sebelum nie peristiwa nie pernah berlaku pada ayah sy.Ayah sy pun pernah tersepak secara x sengaja lesung berlubang nie dan pada waktu malam kakinya terus bengkak.
Pak cik tu menawarkan harga kepada sy untuk memiliki lesung nie,namun sy bagitau yg sy nk simpan lesung nie sampai sy dapat satu jawapan untuk seribu persoalan yg sedang bermain di dalam benak fikiran sy...



Sejauh manakah kebenarannya  kepercayaan sesetengah " MANUSIA" terhadap benda2 pelik seperti lesung berlubang ini...???ingat lah wahai manusia,sesungguh nya apa yg berlaku adalah di atas kehendaknya....kepada sesiapa yg berminat atau nk memiliki atau sesiapa saja yg boleh merungkai apa yg ada dalam fikiran sy atau yg mahu berkongsi tentang benda2 pelik spt cerita "LESUNG BERLUBANG" nie,boleh lah hubungi sy melalui e-mail.....     


-kiman.nikahmadkamil@yahoo.com

Wednesday, 11 June 2014

MANTAN MENTERI BESAR KELANTAN


           DATO' NIK MAHMUD PADUKA RAJA
                       (1921-1944)



                        (1944-1953)



                        (1953-1959)



                        (1959-1964)



                         (1964-1973)



DATO' MUHAMED BIN NASIR (DATO' BIJI SURA)
                         (1973-1978)


                    (1978-1990)



                        (1990-2013)










SEJARAH MENTERI PADUKA RAJA

Dato Hj Nik Mahmud bin Nik Ismail dilahirkan di Kota Bharu sekitar tahun 1880an. Ibu beliau ialah Wan Aisyah binti Wan Othman.

Beliau mendapat pendidikan awal agama daripada ayahanda beliau sendiri Hj Nik Ismail Qadhi yang merupakan seorang guru agama dan rakan seperguruanSyeikh Ahmad al-Fatani.

Setelah kematian ayah beliau Hj Nik Ismail Qadhi pada tahun 1898M, ibu beliau menghantar beliau ke Timur Tengah untuk melanjutkan lagi pelajaran beliau.Ibubeliau menyerahkan urusan pengajian beliau kepada Syeikh Ahmad al-Fatani.

Sekembalinya beliau ke tanah air pada 1908, beliau bekerja sebagai seorang kerani di Balai Besar, Kota Bharu.

Dato Nik Mahmud menjadi Dato’ Perdana Menteri Kelantan selama 38 tahun dan berkhidmat di bawah pemerintahan tiga orang Sultan, bermula dari Sultan Muhammad Ke IV, Sultan Ismail hingga ke zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.

Selain seorang pentadbir yang cekal, Dato’ Nik Mahmud juga merupakan seorang pengarang. Antara kitab-kitab yang dikarang oleh beliau termasuklah kitab Pati Rahsia, Tajuk Kemuliaan, Benih Agama, Kitab Pati Bahasa dan Kitab Perbendaharaan Mastika.

Dato’ Nik Mahmood mempunyai tiga orang cahayamata iaitu Nik Zainab, ( Tan Sri Dato’ ) Nik Ahmad Kamil dan ( Dato Sri Amar DiRaja, Tan Sri ) Nik Mustapha Fathil.

Update: Dato’ Perdana mempunyai isteri kedua, bernama Wan Tik dan memperolehi dua orang anak iaitu Nik Azizah dan Nik Ismail

Beliau meninggal dunia pada tahun 1964 pada usia 84 tahun di rumah beliau diJalan Atas Banggol.

Update: Dato’ Perdana Nik Mahmud berkahwin dengan Cik Aisyah, adik kepada Datuk Laksamana Hj Muhammad bin Hj Muhammad Said.

Beliau juga disebut sebagai pengasas Silat Terlak 4 yang diterima dari Tuan Guru Tamam Indera Muda.

Hasil perbualan dengan Nik Abdul Hafiezh Nik Mahmood, PakNik dimaklumkan bahawa Dato’ Perdana Nik Mahmud mempunyai tiga orang adik beradik iaiatuNik Salamah, Nik Abdul Majid dan Nik Ahmad.

Sunday, 27 April 2014

KAFA dedah faktor pilih Boateng

 


Kota Bharu: Berdasarkan dari yang sudah masak serta arif dengan selok belok Liga Malaysia (Liga-M) menjadi antara faktor utama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memilih George Boateng membimbing The Red Warriors (TRW) berbanding jurulatih lain.

Faktor itu didedahkan sendiri Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, yang menyifatkan pemain tengah kelahiran Belanda itu tahu dengan corak serta tahap permainan semua pasukan dalam Liga-M. 
“Pada saya, Boateng ada satu kelebihan pada dirinya berbanding jurulatih lain iaitu pernah beraksi di Malaysia sekali gus menjadikannya masak serta 
tahu dengan rempah ratus Liga-M.


Untuk dua pemain import (sebelum ini), Kelantan membayar hampir RM200,000 sebulan, namun sikap mereka sangat mendukacitakan dengan pelbagai ragam, malah sesetengahnya bertentangan dengan agama dan adat," Tan Sri Annuar Musa, Penasihat KAFA

Bukti nilai sebenar

“Memasukkan Boateng dengan digabungkan bersama tenaga sedia ada iaitu Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin, adalah ikhtiar terbaik yang saya dapat lakukan dalam memastikan kejayaan TRW musim ini,” katanya dalam laman sosial Facebooknya, di sini, semalam.

Boateng yang juga bekas pemain T-Team dilantik menggantikan Steve Darby yang dipecat baru-baru ini. Sebelum kemasukan Darby, TRW di bawah bimbingan Bojan Hodak berjaya mencipta kejuaraan ‘treble’ sekali gus sejarah bagi bola sepak Kelantan.

Annuar bagaimanapun kecewa apabila pelaburan besar yang dilakukan untuk membangkitkan semula semangat TRW, gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. 
“Untuk dua pemain import (sebelum ini), Kelantan membayar hampir RM200,000 sebulan, namun sikap mereka sangat mendukacitakan dengan pelbagai ragam, malah sesetengahnya bertentangan dengan agama dan adat.

“Jadi, saya menuntut semua pemain yang menerima gaji dari KAFA supaya membuktikan nilai sebenar mereka kerana TRW tidak mempunyai tempat untuk pemain yang 'jual mahal'. Tiada siapa yang harus merasakan mereka penting dan besar. Keutamaan ialah TRW,” katanya.

Perokok payah dapat jodoh di Saudi

PENYELIDIKAN terbaharu menunjukkan bahawa merokok tidak lagi menjadi penyebab utama kanser dan penyakit jantung, namun telah menjadi penyebab utama untuk dilarang melakukan perkahwinan di Madinah, Arab Saudi.

Sebuah laporan yang diterbitkan oleh akhbar Okaz, Pengadilan Umum di Madinah mencatatkan wanita-wanita mengajukan lebih daripada 100 gugatan meminta cerai kerana menolak untuk meneruskan perkahwinannya dengan suami yang merokok.

Laporan ini menunjukkan bahawa merokok telah menjadi salah satu alasan utama penolakan isteri untuk melanjutkan hubungan dengan suami yang merokok. Laporan itu juga termasuk referensi penyelidikan yang mengkonfirmasi banyaknya gadis di Madinah menolak berpasangan dengan perokok remaja/pemuda.

Laporan tersebut juga menunjukkan sejumlah pengadilan di berbagai daerah di Arab Saudi mencatat banyak kes penceraian kerana merokok, di mana ramai isteri yang menolak meneruskan hubungannya dengan suami perokok.

 Para spesialis mencuba melakukan riset tentang impak rokok terhadap perkahwinan, sehingga banyak penelitian yang mengungkapkan bahawa 40 peratus mahasiswi di beberapa universiti menolak berkahwin dengan lelaki yang merokok. Penelitian ini mengindikasikan alasan dan penolakan mereka kerana merokok dapat menyebabkan kerosakan kesihatan pada suami, isteri, anak dan seisi rumah. (Demikian menurut al-Arabiya).

Manakala akibat rokok, menurut penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia: 50 peratus daripada golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita bawah umur 30 tahun adalah 5:1. Kadar merokok daripada golongan remaja dan wanita semakin meningkat 25 peratus daripada pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70 peratus daripada kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah. 60-75 peratus daripada asap rokok akan disedut oleh orang tidak merokok. Hanya 50 peratus perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.

Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi 10-12 peratus kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Bahan toksik dalam asap rokok ialah metanol (bahan api), nitrobenzene (gasoline), butane (cecair pemetik api), raksa (logam dalam jangka suhu), taulena (pelarut industri), ammonia (pencuci lantai), arsenic (racun tikus), karbon monoksida (asap kereta), sianida (racun berbisa), dan lain-lainnya. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser (karsinogenik), nikotin, tar bahan membuat jalan raya, dan sebagainya.

Kesudahan akibat merokok: Keguguran rambut, katarak, kanser hidung, kulit berkedut, pereputan gigi, pekak, kanser lidah, kanser kulit, kanser paru-paru, sakit jantung, kanser payudara, kanser ginjal, kanser pankreas, ulser perut, kanser uterus dan keguguran, mati pucuk, kecacatan sperma, dan lain-lain.

Kebaikan tidak merokok: Sihat, cergas dan berstamina, berketerampilan segak, matang dan disegani, semua agama melarang penganutnya melakukan perbuatan yang merosakkan diri, cemerlang dalam pelajaran, ceria dan mempunyai ramai kawan.

Berhentilah merokok: Anda membunuh diri anda dan mereka di sekeliling anda. Buatlah keputusan yang bijak. Bebaskan diri anda daripada ketagihan nikotin, apa lagi dadah dan pil khayal atau pil gila dan minuman keras.

Selamatkan diri dan orang tersayang anda. Dapatkan bantuan perubatan untuk menolong anda berhenti merokok, atau berdoa di tempat afdal seperti di pintu Kaabah di Mekah.