Showing posts with label DUNIA. Show all posts
Showing posts with label DUNIA. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

Asteroid besar 3 padang bola lepasi bumi




London,Sebuah asteroid yang dianggarkan sebesar tiga padang bola melepasi bumi pada jarak dekat kelmarin, kira-kira setahun selepas sebuah asteroid lain sebelum ini meletup di Russia dan mencederakan 1,200 orang. 

Slooth Space Camera menjejaki asteroid itu yang melepasi bumi pada kelajuan 43 kilometer sejam bermula jam 2 pagi (GMT), menurut perkhidmatan teleskop robotik itu dalam laman Slooh.com. 

Kumpulan Astronomi Dubai memaparkan gambar Slooth di langit dalam laluannya yang mudah dilihat, tetapi pergerakannya tidak dapat diambil dalam paparan secara langsung di sebalik pemandangan bintang waktu malam. 


Asteroid sepanjang 270 meter itu melepasi bumi pada jarak 3.4 juta kilometer, lebih setahun selepas asteroid jatuh ke bumi pada 15 Februari 2013 di Chelyabinsk, Russia. 

Asteroid itu mencederakan 1,200 orang dan menyebabkan gelombang gegaran yang memecahkan tingkap dan merosakkan bangunan. 


Beri meteorit kepada pemenang Sochi 
Pegawai rasmi wilayah Chelyabinsk berhasrat memperingati insiden itu dengan memberikan secebis batu meteorit kepada setiap atlit yang memenangi Olimpik Musim Sejuk 2014 yang memenangi pingat pada Sabtu di Sochi. 

Namun, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada saat-saat akhir berkata, ia boleh dilakukan hanya selepas acara tamat dan berasingan. 

Balai cerap paling canggih Slooh di Gunung Teide, Kepulauan Canary, Sepanyol dilitupi ais dan tidak boleh digunakan untuk pencerapan 2000 EM26, kata pengarah teknikal dan penyelidikan Slooh, Paul Cox menerusi paparan langsung laman Slooh. - REUTERS

Thursday, 9 January 2014

Air terjun niagara beku

 


ONTARIO, Kanada - Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara beku di sini akibat cuaca sejuk melampau kelmarin.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.

Air Terjun itu terletak di sempadan Kanada dan AS.

Pada Selasa lalu, suhu di kawasan air terjun tersebut ialah bawah 18 darjah Celcius.

Namun, kawasan air terjun itu juga pernah menjadi beku pada tahun 1936-Agensi


Kosmo online

Tuesday, 31 December 2013

Gambar-gambar salji turun di mesir Dan palestin

Subahanallah, kuasa Allah jika Dia menghendaki sesuatu itu berlaku maka berlakulah dan tiada siapa yang dapat menghalangya itulah bukti kekuasaan Allah. Mesir sebuah negara yang beriklim panas, kini dituruni salji selepas 112 tahun. Salji juga turun di negara Palestin. Berikut adalah gambar-gambar salji turun di Mesir dan Palestin.









































Tuesday, 22 October 2013

5 kenderaan tentera amerika yang paling mahal

Banyak negara-negara yang maju memperkuatkan lagi pertahanan negara mereka dengan menghasilkan alat-alat peperangan dan kenderaan peperangan yang canggih dan berkuasa. Tapi untuk menghasilkan sesuatu yang canggih dan berkuasa memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Antara negara contoh adalah di Amerika, lihat sahaja kenderaan untuk tenteranya yang agak mahal. Jom lihat gambar di bawah ini.

1. 1.Northrop Grumman B-2 Spirit

The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja.
Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).
Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.



2. Bell-Boeing V-22 Osprey

Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.
Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.



3. USS George H.W. Bush (CVN-77)

 sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.
Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia. Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kekuatan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar lebih dari 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.


4. Lockheed Martin F-35 Lightning II

F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu lain yang dikenali sebagai “Joint Strike Fighter Program”. Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.
F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta. AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.




5. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet

F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit.
Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.












Wednesday, 16 October 2013

Kisah misteri pulau hashima

Pulau Hashima umumnya disebut Gunkanjima, merupakan salah satu daripada 505 pulau tak berpenghuni di Wilayah Nagasaki sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Namun ada sejarah di sebalik pulau ini.

Pernahkah sebelum ini anda mendengar mengenai Pulau Hashima? Ada juga yang menggelarkan Pulau Hashima sebagai pulau yang berhantu. Mengikut sejarah, selepas pulau ini ditemui, ia telah diambil alih oleh syarikat Mitsubishi Corporation untuk mengubah pulau ini menjadi pulau yang maju. Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.Siapa sangka pada tahun 50-an sudah berkembangnya bangunan-bangunan tinggi disini.





















Ruang yang sempit memaksa pembinaan bangunan tinggi dilaku kan.Selain kemudahan rumah untuk pekerja,turut dibina disini bangunan perubatan, restoran, bar dan teater.Ini menjadikan pulau Hashima mengandungi penduduk paling padat didunia dengan 5259 penduduk atau boleh diterjemahkan 835 orang disetiap keluasan kurang daripada 1 kilometer persegi.

Selepas berakhirnya perang dunia kedua, kemajuan pulau ini bertambah dengan kemudahan kabel, radio dan dewan pawagam moden. Selain itu, pulau yang tidak pernah wujudnya tumbuh-tumbuhan ini akhirnya berubah dengan wujudnya penanaman taman-taman di atas bumbung bangunan. Tapi zaman kegemilangan  pulau ini tidak panjang.

Pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak. Ahli lembaga Mitsubishi mengambil keputusan untuk menutup lombong di pulau ini. Satu tahun kemudian, penghuni pulau ini mula meninggalkan pulau ini dan menjadikan pulau ini pulau berhantu yang suatu masa dahulu merupakan pulau yang penuh dengan era kegemilangan.




















Wednesday, 28 August 2013

Pergi nya saddam hussin tanpa kita sedari kejayaannya

                     


Ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein..
Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..?
Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..?
Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..?
Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..?

Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi.

Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.

Iraq diperangi kerana Saddam “diktator yg zalim”, siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan?

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.


        
 


Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang?
Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq.

Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah.. 





10 rahsia Yahudi

         



10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Monday, 15 July 2013

Prestasi Setahun Pemerintahan Mursi yang Tak diketahui Orang Ramai


           


Presenter terkenal Aljazeera Ahmad Manshur menulis tentang prestasi Mursi yang tidak diketahui masyarakat umum setahun pemerintahannya.

Mursi telah mengeluarkan Mesir dari pergantungan ekonomi pada Amerika dengan kejayaannya dalam program sara diri gandum sampai 70% selepas menghasilkan gandum dengan kualiti baik dan harga yang murah.

Mursi telah mencetuskan projek besar di Terusan Suez untuk memperbaiki kapal-kapal yang masuk Mesir. Hal ini boleh meningkatkan pendapatan Mesir selama sepuluh tahun ke depan dari 3 Milion USD menjadi100 Milion USD pertahun. Hal ini membuat Tel Aviv (Israel) dan Dubai marah.

Mursi membuka zon industri, pertama di bawah naungan Qatar dan zon industri kedua di bawah naunganTurki

Mursi membuka cawangan syarikat Samsung untuk pengeluaran-bukan pemasaran-yang memberikan jaminan lapangan pekerjaan yang selamat untuk rakyat Mesir.

Mursi mengawasi syarikat ipad Mesir dengan keahlian, industri dan spesifikasi Mesir.

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sampai ke kerusi pemerintahan pada masa Mesir telah mempunyai hutang dalam dan luar negera hingga 1.300.000.000.000 Le (satu trilion, tiga ratus bilion pound) yang tidak ada hubungan sama sekali dengan pemerintahan Mursi.

Apa yang anda inginkan dari Mursi yang sebelum ia menjabat telah terjadi penyeludupan kekayaan Mesir? Sebahagiannya dicuri dalam jangka antara pemilihan presiden dan sebelum ia benar-benar dilantik menjadi presiden Mesir?

Bagaiamana Mursi boleh memperbaiki apa yang telah dirosakkan oleh kaum liberal selama 60 tahun?

Apa yang kalian inginkan dari Mursi yang telah memberikan kebebasan pada bangsa Mesir pada masa pemerintahannya yang kalian tidak mendapatkan kebebasan itu pada masa pemerintahan liberal yang melakukan kerosakan berjamaah .. Penjara-penjara telah kosong yang sebelumnya diisi oleh tahanan hati nurani, penyiksaan dan kezaliman!

Lalu siapa yang memimpin kempen pemberontakan atasnya?
Siapa yang memimpin gerakan Tamarrud?

El Baradei, yang datang atas nama Amerika ke Iraq lalu menghancurkan Iraq hingga menjadi kerajaan bermazhab.

Amru Musa, Menteri Luar Negera rejim Mubarak, adalah seorang agen cemerlang Mosad.

Hamdeen Sabbahi, orang penting Iran di Mesir

Pihak Kristian, yang telah menghembuskan isu bahawa Islam akan menguasi Arab Mesir dan Dhahi Khalfan yang melarang mengkritik atas rejim Syria di atas mimbar-mimbar dan pentas.

Sisa-sisa rejim lama, yang menguasai media-media kotor dan korup dan wang-wang hasil jarahan atas rakyat miskin.

Tel Aviv, yang mengeluarkan Mursi dari jabatannya dan mengeluarkan Mesir dari camp-campnya.

Washington, yang menghentikan aliran bantuannya ke Mesir sejak Mursi memerintah. menteri luar AS mengatakan bahawa demonstrasi yang meluas jika berhenti Mursi mengembalikan peranan perjanjian Camp David, terutama masalah ekonomi.

Iran, yang pernah dengan tegas Mursi bercakap tentang Fadhilah para Sahabat di sana. Padahal majoriti rakyatnya adalah syi'ah.

Chanel TV Alarabiya, yang untuk saat ini lebih akrab dengan idealisme zionis dan gemar sebarkan dusta.

Apa yang terjadi di Mesir adalah usaha Tel Aviv untuk mengembalikan Kaherah ke kem-kem binaan Zionis atau menyingkirkan keduanya. Kerana mereka berjalan untuk membina kekuatan ekonomi secara bebas yang akan menaikkan kehormatan Arab dan Islam, sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Tzipi Livni, kerana mereka telah keluar jalur dan keluar dari campur tangan Israel.

Saturday, 6 April 2013

SEJARAH WONG FEI HUNG @ JET LI

Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.
Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. .. Aamiin ..







Thursday, 14 March 2013

Di Mana Penghujung Tembok Besar China?

Di Mana Penghujung Tembok Besar China?

Tembok Besar Cina adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia.Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjungi China. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China?

Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah 'kaisar' pertama China iaitu Qin Shi Huang. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.

Ini dia penghujungnya...

Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt), membelah dataran luas dan gunung-ganang China.Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai.Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai.

Thursday, 7 March 2013

ISRAEL KECAM RONALDO BANTU PALESTIN

Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai ikatan dengan Israel, Real Madrid malah memilih menghampiri dengan Palestin. Tidak hanya ditunjukkan polisi kelab, sikap pemain Los Blancos juga demikian.

Yang paling ketara adalah langkah yang dilakukan pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat memiliki sifat sombong tersebut ternyata mempunyai hati mulia.

Mantan penggawa Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.

Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.

Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Di sana dia disambut suka cita oleh rakyat Palestin dan mendapat pengawalan ketat. Tapi lagi-lagi Ronaldo dikecam media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.





SUBHANALLAH...BELALANG MENYERANG ISRAEL

(Allah berfirman) : "Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka" - Surah Al A’raf, Ayat 133.

Hebatnya Kuasa Allah. Janji Allah Itu Adalah Pasti Bagi Mereka Yang Mempercayai Dan Akui Kebesaran-NYA... Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!! Allahu Akbar!!!

"Tentera" Belalang Serang ISRAEL

6 Mac 2013 - Penduduk haram Israel terpaksa melawan serangan belalang ke atas tanaman yang sangat banyak di perkampungan Khym (mereka namakan Kemehin) yang datang daripada Mesir.

Khym terletak di daerah Barsheeba (bawah Gaza, rujuk pada peta). Pemandangan awan hitam yang sebenarnya terdiri daripada kumpulan-kumpulan belalang memenuhi langit selama 3 minggu, sebelum hari Jewish Passover yang mengingati 10 kemusnahan dalam kitab mereka, antaranya adalah belalang.

Serangga ini hampir mememuhi kawasan padang pasir seluas 800ha (hektar). Pegawai mereka menyembur pestisid drp udara pada awal pagi menggunakan pesawat ringan sbg usaha membunuh belalang-belalang itu.