Wednesday, 18 July 2012

5 TAHUN @...???

Senator Yusof Hussin berkata, pilihan raya umum harus diadakan serentak di semua negeri bagi menjimatkan kos dan masa serta tidak menyusahkan semua pihak. "Sebagaimana yang kita maklum, sepanjang 12 kali pilihan raya, hanya sekali yang genap lima tahun dan pada pilihan raya 1978, kerajaan hanya berusia tiga tahun 11 bulan," katanya di Dewan Negara 11 Julai lalu.

Beliau juga menimbulkan persoalan bahawa Perlembagaan Negara memberi hak kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dan juga Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan Parlimen dan Dewan.

"Jadi saya ingin bertanya, adakah kerajaan bersedia untuk berunding dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan juga Selangor untuk berkongsi, bermuafakat untuk menetapkan tarikh pilihan raya yang akan datang?" katanya lagi.

No comments:

Post a Comment