Gambar Koleksi Kereta Mewah Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah salah seorang Sultan di Malaysia yang tidak asing lagi dengan minat terhadap pengumpulan koleksi kereta mewah. Baginda sangat minat dalam mengumpul koleksi kereta mewah sehinggakan ada sebahagian kereta mewahnya ditempah khas dan “LIMITED EDITION”.
Antara koleksi kereta mewah Baginda Sultan Johor adalah Ferrari GTO, Bugatti Veyron, Maserati, Lamborghini, Porsche dan banyak lagi jenama kereta mewah lain.
Sultan Johor bergaya dengan kereta paling laju di dunia Bugatti Veyron miliknya.
Sebelum ini Sultan Johor telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan WWW1 dengan bidaan tertinggi, tahun lalu(2013) sekali lagi Sultan Johor berjaya memiliki nombor pendaftaran termahal di Malaysia iaitu W1N yang diletakkan pada kereta Proton Suprima S miliknya. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor plat W1N dengan harga paling mahal iaitu RM748,000.00.
No comments:
Post a Comment