Abid Uzair berkata, kejadian begitu pantas dan mangsa dikatakan gagal mengelak kenderaan di hadapannya.
“Kami konvoi untuk pulang ke Utara sempena menghabiskan cuti semester dan kejadian malang ini begitu pantas berlaku,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Dalam pada itu, difahamkan kereta terbabit yang dinaiki empat sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung di Sungai Petani, Kedah.
Amir Ramzani Borhan, 27, berkata, mereka baru sahaja memulakan perjalanan selepas berhenti seketika menukar pemandu di lorong kecemasan.
“Asalnya isteri memandu dan kami berhenti sebab anak menangis hendak menyusu. Kami tukar pemandu sebab anak menyusu badan.
“Ketika bergerak perlahan memulakan perjalanan di lorong kecemasan, tiba-tiba ada motosikal langgar belakang kereta dan isteri yang duduk di belakang terkejut manakala anak menangis,” katanya.
Bagaimanapun, Amir Ramzani bersyukur apabila mereka sekeluarga tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan dan siasatan mendapati motosikal mangsa melanggar belakang kiri kereta di laluan kecemasan.
“Penunggang motosikal tercampak ke lorong perlahan sebelum dilanggar sebuah kenderaan dipandu Muhammad Iszam Johar, 31.
“Mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu, manakala pembonceng cedera dan mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh,” katanya.
Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kejadian tersebut turut menyebabkan kesesakan hampir 30 kilometer.
No comments:
Post a Comment