Wednesday 16 October 2013

Kisah misteri pulau hashima

Pulau Hashima umumnya disebut Gunkanjima, merupakan salah satu daripada 505 pulau tak berpenghuni di Wilayah Nagasaki sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Namun ada sejarah di sebalik pulau ini.

Pernahkah sebelum ini anda mendengar mengenai Pulau Hashima? Ada juga yang menggelarkan Pulau Hashima sebagai pulau yang berhantu. Mengikut sejarah, selepas pulau ini ditemui, ia telah diambil alih oleh syarikat Mitsubishi Corporation untuk mengubah pulau ini menjadi pulau yang maju. Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.Siapa sangka pada tahun 50-an sudah berkembangnya bangunan-bangunan tinggi disini.





















Ruang yang sempit memaksa pembinaan bangunan tinggi dilaku kan.Selain kemudahan rumah untuk pekerja,turut dibina disini bangunan perubatan, restoran, bar dan teater.Ini menjadikan pulau Hashima mengandungi penduduk paling padat didunia dengan 5259 penduduk atau boleh diterjemahkan 835 orang disetiap keluasan kurang daripada 1 kilometer persegi.

Selepas berakhirnya perang dunia kedua, kemajuan pulau ini bertambah dengan kemudahan kabel, radio dan dewan pawagam moden. Selain itu, pulau yang tidak pernah wujudnya tumbuh-tumbuhan ini akhirnya berubah dengan wujudnya penanaman taman-taman di atas bumbung bangunan. Tapi zaman kegemilangan  pulau ini tidak panjang.

Pada tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak. Ahli lembaga Mitsubishi mengambil keputusan untuk menutup lombong di pulau ini. Satu tahun kemudian, penghuni pulau ini mula meninggalkan pulau ini dan menjadikan pulau ini pulau berhantu yang suatu masa dahulu merupakan pulau yang penuh dengan era kegemilangan.




















No comments:

Post a Comment