Wednesday, 4 July 2012

DUNIA DI AKHIR ZAMAN



Presiden regim Syiah Nusairiyah Basyar al-Asad telah mengeluarkan tiga hukuman baru berkaitan 'anti-terorisme' yang akan mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang bekerjasama dengan 'kelompok teroris' (mereka merujuk kepada Tentera Pembebasan Syria) dalam melawan regim Basyar.

Hukuman pertama : Membiayai , mengumpul dan membekalkan senjata untuk membantu tindakan-tindakan para mujahidin Syria akan dijatuhkan hukuman 15 hingga 20 tahun penjara.

Hukuman kedua : Akan dijatuhkan hukuman hingga 20 tahun penjara bagi sesiapa sahaja yang terlibat dengan Tentera Pembebasan Syria dengan melakukan kerja-kerja berat.

Hukuman ketiga : Setiap pegawai kerajaan yang terlibat dengan Tentera Pembebasan Syria akan dipecat.

Hukuman terendah adalah dipenjara 5 tahun jika menyertai mujahidin yang tidak menyebabkan kematian di pihak regim. Jika menyebabkan kematian pihak regim, mereka akan dijatuhkan hukuman mati.

Teks penuh berkenaan hukuman-hukuman baru ini akan disiarkan di dalam laman rasmi regim Syria.

Ini menunjukkan kebimbangan yang amat terhadap Tentera Pembebasan Syria sehinggakan mereka terpaksa menggubal undang-undang bagi menakut-nakutkan rakyat untuk menyokong Tentera Pembebasan Syria.

Ternyata mereka silap, sesungguhnya rakyat Syria adalah mereka yang cintakan syahid dan tidak takut kepada ugutan melainkan ketakutan mereka hanya pada Allah.

Teruskan berdoa, semoga Tentera Pembebasan Syria dipelihara dan diberi kemenangan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment