Friday, 1 March 2013

AZAB YG DITERIMA ARIEL SHARON

Ariel Sharon merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Kekejamannya telah menyebabkan ramai rakyat Islam di Palestin telah terkorban. Namun kini dikatakan dirinya telah koma bertahun-tahun lamanya.

Adakah anda kenal lelaki ini? Lelaki yang dikenali sebagai Ariel Sharon. Bagi sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai kehidupan rakyat Islam di Palestin, pastinya mengenali individu bernama Ariel Sharon. Seorang lelaki kejam yang bertindak zalim terhadap rakyat Islam.Untuk sesiapa yang baru pertama kali mendengar namanya, ini adalah kisah hidup lelaki itu.

Ariel Sharon adalah bekas Perdana Menteri Israel yang telah berkhidmat memegang jawatan itu sejak dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Seperti umum mengetahui, kaum Israel terlalu ganas dan selalu bertindak kejam terhadap penduduk-penduduk Palestin. Malah, keganasan mereka semakin berleluasa hingga kini. Di bawah pemerintahan Ariel, dia tidak pernah melenyapkan perkataan zalim, kejam, bunuh dan ganas dari kotak pemikirannya. Pemimpin itu telah banyak melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap bumi Palestin.

Ketika menjadi pemimpin tertinggi Israel, Ariel dipandang tinggi oleh para pengikutnya. Malah, dia digelarkan pemimpin penuh dengan kontroversi oleh pihak dalam dan luar Israel. Ramai yang beranggapan Ariel banyak mempertahankan keamaan Israel tanpa mengorbankan satu nyawa penduduk Israel. Sebaliknya, rakyat Palestin yang beragama Islam di tukar menjadi korban.

Sewaktu Perang Lubnan 1982, Ariel dikatakan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian beribu-ribu rakyat Sabra dan Shatila. Sejak dari itu, banyak nyawa yang terkorban akibat dari pemerintahan kezalimannya.

Namun, tiada siapa yang tahu akan perkembangan dirinya saat ini. Di ruangan internet sudah banyak tersebar luas kisah hidup pemimpin yang zalim itu. Ariel dikhabarkan ketika ini sudah koma hampir lima tahun.

Media-media antarabangsa juga malu untuk menyiarkan perkembangan diri bekas pemimpin Israel itu.

Ketika ini, Ariel sudah pun menjangkau usia 83 tahun. Tubuhnya terbaring lesu di atas katil tanpa sebarang pergerakan. Hakikatnya, dia masih lagi bernafas, namun, keadaan dirinya tidak ubah seperti mayat hidup yang hanya mempunyai berat badan 15 kilogram sahaja berbanding dahulu yang mempunyai badan gempal. Doktor menjangkakan dia akan terus koma sehingga umur 90 tahun.

Pada mulanya dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem kerana berlaku penyumbatan di bahagian otak yang menyebabkan lumpuh seluruh badan dan akhirnya koma. Namun, keadaannya semakin serius memandangkan badannya kian mereput dan membusuk akibat jangkitan kuman walaupun masih bernyawa.

Dia kemudian dipindahkan ke Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yang membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain.

Menurut para doktor lagi, sekiranya perlu, mereka terpaksa memotong bahagian-bahagian yang mereput untuk mengelakkannya menjadi semakin parah. Beliau dah jadi umpama mumia firaun atau mumia hidup. Hidup terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk!

Setiausaha kepada Ariel pernah mendedahkan, bekas pemimpin itu pernah mengalami mimpi ngeri di setiap malam sebelum dia jatuh koma. Tidur malamnya sering diganggu oleh satu mimpi yang sama.

Dalam mimpi itu Ariel telah bermimpi dia ditangkap oleh penduduk GAZA yang begitu marah dan dendam kepadanya ekoran tindakannya yang angkuh menyerang bumi Palestin. Didalam mimpi itu dia telah diseksa, dirantai tangan dan kakinya kemudian di arak sekeliling bandar GAZA dan di humban kedalam api.

Nauzubillah! Tidak siapa yang dapat memberikan maklumat lanjut mengenai keadaan diri Ariel sekarang. Keadaannya dikatakan dikawal rapi oleh pihak Israel. Namun, gambar-gambar yang memperlihatkan keadaan diri Ariel yang terseksa dan kurus kering tersebar meluas kerana jururawat yang merawat Ariel telah bertindak menangkap gambar bekas pemimpin zalim itu.

Bukan itu sahaja, sebuah muzium di Israel telah bertindak membuat patung lilin yang memakai alat oksigen yang menggambarkan itu adalah diri Ariel. Keadaan dirinya yang diperlihatkan adalah pucat, tidak mampu bergerak mahu pun bertutur. Patung itu direka oleh Noam Braslavsky.

Jika benar keadaan Ariel seperti yang diceritakan dalam laman-laman blog, maka, benarlah firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang menjelaskan setiap manusia yang melakukan kezaliman pasti mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” – Al-Fushshilat, 53.
P/S - Jelas, inilah balasan Allah kepada hambaNya yang berbuat zalim terhadap orang lain. Bayangkan kerjanya hanya membunuh, dan merosakkan harta benda awam sehingga menyebabkan ramai yang terkorban di Palestin. Semoga kisah ini boleh dijadikan sebagai satu pengajaran kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment