Lanjutan daripada kenyataan Tok Guru tentang solat orang UMNO tidak dapat pahala.Banyak blog guna isu ni untuk maki Tok Guru.
Memang tidak SAH orang yang bersolat apabila solatnya tidak menghalang orang itu daripada membuat kemungkaran.
Rasulullah bersabda dulu, “Barang siapa yang solatnya itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan JAUH dari Allah.”
Lanjutan itu juga, Tok Guru ada mengatakan sesiapa saja yg menolak Islam iaitu hukum ALLAH memang tidak dapat pahala solatnya. Termasuklah orang PAS. Kalau orang PAS tolak hukum ALLAH, maka solat orang PAS pun tidak diterima. Kalau kedekut dan riak memang tidak dapat pahala. Termasuk org PAS.
Tetapi yg digempar-gempurkan dalam media pro BN adalah SOLAT ORANG UMNO TIDAK SAH. Kenapa tidak huraikan selebihnya. Aduh, memutar-belitkan fakta begini boleh menjadi fitnah besar. Tak takut azab neraka ke?
=10 jenis solat yg tidak diterima ALLAH mengikut hadis Rasulullah :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
No comments:
Post a Comment