Friday, 24 May 2013

SLE BOLEH MEMBAWA MAUT

Pengenalan

SLE adalah sejenis penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh dan kadangkala penyakit ini boleh membawa maut. 

Kebiasaannya, sistem ketahanan tubuh akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan organisma yang memasuki tubuh dan antibodi ini bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan organisma tersebut. 

Bagi pesakit SLE, antibodi yang terhasil menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ di dalam tubuh pesakit boleh mendapat serangan, dengan menunjukkan gejala yang berbeza. 

Ia boleh menyerang tanpa pengetahuan pesakit kerana taktik penyamaran liciknya membuatkan penyakit ini sukar didiagnos semasa rawatan pertama. Setiap pesakit SLE adalah unik dan oleh itu mempunyai pelbagai manifestasi dan prognosis yang berbeza. 

Terdapat lebih ramai pesakit wanita berbanding lelaki dengan nisbahnya 10:1, terutamanya di kalangan wanita yang berada pada tahap subur, berusia 20 hingga 40 tahun.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit

Punca penyakit:

  • Disebabkan oleh sistem ketahanan badan yang tidak normal terutama berkaitan dengan hormon-hormon tertentu.

  • Bahan-bahan genetik yang bertindak sebagai agen penyebab kegagalan sistem imun.

Kecelaruan dan kegagalan sistem immune atau sistem ketahanan tubuh adalah kesan sakit SLE ini. Di dalam pengalaman penulis merawati pesakit-pesakit SLE, punca kepada kecelaruan dan kegagalan sistem ketahanan tubuh adalah disebabkan oleh gangguan halus iaitu sejenis jin. Ada sejenis jin yang menyerang pesakit-pesakit SLE ini dan ia selalunya menyerang otak dan urat saraf pesakit dan ini menyebabkan kecelaruan dan gangguan kepada sistem ketahanan tubuh.


Sintom

  1. Di peringkat aktif SLE akan mnunjukkan tanda-tanda berikut:

    1. keletihan yang amat sangat

    2. demam yang tidak menentu

    3. pecah-pecah mulut

    4. selsema

    5. sakit bahagian kepala

    6. sakit sendi-sendi dan otot

    7. gangguan urat saraf

    8. kiraan darah putih yang rendah

    9. kiraan platelet yang rendah

  2. Tompok-tompok merah berbentuk seperti rama-rama mingkin timbul di pipi dan hidung.

  3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak.

  4. Kulit

    1. Menjadi ke merah-merahan terutama jika terdedah kepada cahaya matahari dan mudah beruam (photosensitive rash)

    2. Alah kepada ubat yang mangandungi sulfur atau penisilin

    3. Radang pada salur darah halus di dalam kulit boleh mengakibatkan tompok-tompok halus merah timbul di bahagian siku, jari tangan dan jari kaki (vaksulitis)

    4. Jari-jari menjadi pucat kebiru-biruan (fenomena Raymand) apabila terdedah pada kesejukan atau berlaku gangguan emosi

  5. Rambut -Keguguran rambut dalam masa beberapa bulan

  6. Sendi-sendi- Radang sendi pada pesakit yang teruk boleh menyebabkan kecacatan

  7. Jantung dan paru-paru

    1. Gejala radang membran di bahagian jantung, paru-paru dan perut. Ia dikenali sebagai serositis

    2. Merasa sakit dada ketika menarik nafas

  8. Otak - Radang pada tisu-tisu otak boleh mengakibatkan kemurungan, sawan, perubahan sikap secara tiba-tiba, lemah sebelah tangan atau mirgain yang teruk.

  9. Buah pinggang

    • SLE mengakibatkan sindrom refrotik, tekanan darah tinggi dan hematuria mikroskopik

    • Boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut atau kronik

Komplikasi:

Kesan sampingan pengambilan steroid untuk menyembuhkan SLE

  1. Peningkatan selera makan dan berat badan bertambah

  2. Muka menjadi bulat dan peningkatan tisu lemak di leher dan bahu

  3. Mudah mendapat lebam kulit dan luka lambat sembuh

  4. Badan menjadi lebih berbulu

  5. Jerawat

  6. Lemah-lemah otot

  7. Katarak

  8. Kemurungan

  9. Gastritis

  10. Garam dan air akan berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan badan bengkak

  11. Tanda-tanda jangkitan pneumonia akan hilang

  12. Tekanan darah tinggi

  13. Osteoporosis terutama pada tulang belakang dan sendi pinggang

Langkah pencegahan kepada pesakit SLE:

  1. Elakkan terkanan (stress) kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu sentiasa berfikiran positif.

  2. Merokok meningkatkan risiko SLE.

  3. Pengubahsuaian gaya hidup - diet yang bersesuaian, banyakkan senaman.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. NOTE :
    Kebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pun..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak rasa sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
    - Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..

    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring


    ReplyDelete