1. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami, poligami telah wujud sejak zaman azali lagi seperti dilaporkan dalam Bible, Yajurveda dan tamadun-tamadun awal. Islam hanya menghadkan poligami maksimum hanya empat sahaja sedangkan agama dan tamadun lain tidak pernah menghadkannya. Abraham mempunyai tiga isteri, Solomon mempunyai 700 isteri dan 300 gundik, David mempunyai 99 isteri dilaporkan dalam Bible, manakala Krisna mempunyai 16108 isteri tetapi tak pernah disentuh atau jadi isu tetapi islam menghadkan kepada empat sahaja tiba-tiba jadi isu. Sila rujuk Bible
Maka Sarai memberikan Hagar kepada Abraham untuk dijadiakn isterinya (Act 16;3).
Abraham berkahwin lagi dengan seorang perempuan bernama Ketura (Act 25;1).
Raja Solomon berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri raja dan mempunyaitiga ratus orang gundik (King 11;3).
Poligami dalam Islam
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap perempuan yatim bilamana kamu mengawininya, maka kawinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kawinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya (An-Nisa’ 4;).
Ayat di atas menyatakan bahawa Islam membenarkan kahwin sampai empat sekiranya dapat berlaku adil kepada isteri-isterinya, sekiranya tidak dapat berlaku adil maka kahwinlah satu sahaja. Mengikut statistik tidak sampai 10 peratus lelaki muslim mengamalkan poligami. Lelaki yang mengamalkan poligami dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke syurga tetapi sekiranya tidak dapat berlaku adil maka dia adalah orang pertama masuk ke neraka.
Sebenarnya poligami tidak menzalimi perempuan tetapi memuliakan mereka dengan menyediakan tempat perlindungan dan kasih sayang. Bandingkan kehidupan perempuan bujang dengan perempuan berkahwin, perempuan berkawhin mempunyai tanggungjawab menguruskan keluarga, mendapatkan perlindungan dan kasih sayang daripada suami serta wujud keceriaan rumah tangga dengan kahadiran anak-anak dan sebagainya.
Sungguhpun demikian sebetulnya poligami dapat mengurangkan masalah sosial masyarakat yang semakin teruk. Beberapa kelebihan atau manfaat poligami :
1. Ada sesetengah lelaki mempunyai kemahuan sexual yang cukup tinggi, seorang isteri tidak dapat melayan kemahuan seksual suami. Dalam Islam penyelesaiannya adalah kahwin lagi seorang, kalau dalam agama lain apa penyelesaiannya? Mungkin mempunyai perempuan simpanan atau mencari pelacur, ini mempengaruhi perkembangan spikologi perempuan simpanan dan anak yang dilahirkan bahkan akan menjejaskan kerjaya lelaki tersebut, di samping itu juga dapat mengalakkan industri sexual. Melarang lelaki daripada melakukan hubungan seksual adalah mustahil, bukan semua lelaki dapat mengawal nafus seksual dengan baik, contohnya Tiger Wood yang dianggap seorang suami dan ayah yang penyayang dan setia kepada pasangan tetapi yang berlaku adalah menggemparkan dunia, bahkan telah menghancurkan kerjayanya sebagai pemain Golf profesional yang sebelum ini dianggap sebagai hero. Mungkin kalau Tiger Wood mengamalkan poligami adakah skandal tersebut akan berlaku? Tentu jawapannya tidak.
2. Bilangan perempuan melebihi lelaki, ini akan melahirkan semakin ramai anak dara tidak laku ataupun andartu. Kita mesti ingat perempuan juga mempunyai kemahuan sexual, kalau nak dapat lelaki bujang dan muda adalah sangat susah bagi perempuan berumur kecuali lelaki sudah beristeri. Kalau saudara mempunyai anak atau saudara perempuan, sanggupkan saudara memberikan anak atau saudara perempuan anda menjadi pelacur ataupun perempuan simpanan? Maka Islam memberikan penyelesaian melalui poligami, kalau lelaki hanya boleh kahwin seorang isteri sahaja maka tidak semua perempuan mempunyai peluang mendapatkan suami. Poligamilah satu-satunya jalan bagi memastikan semua perempuan mempunyai suami.
3. Dalam Islam perkahwinan bukan semata-mata kerana kemahuan sexual semata-mata, kadangkala perkahwinan kerana kebajikan sebagai contoh seorang ibu tunggal yang kematian suami dan mempunyai 5 orang anak. Mampukah seorang perempuan menyara anak-anaknya?
Berapa ramai ibu tunggal di Amerika atau negara Eropah terpaksa bekerja syif siang dan malam semata-mata untuk menyara keperluan anak. Maka lelaki Muslim sanggup berkahwin untuk membantu menyara dan menjaga anak-anaknya, dalam agama lain tidak berlaku seperti ini tapi dalam Islam ini adalah perkara normal.
4. Bagi pasangan berkahwin sampai berpuluh tahun tetapi tidak mempunyai anak. Selepas dibuat pemeriksaan doktor kalau suami berkahwin dengan perempuan lain maka peluang mempunyai anak cukup besar. Suami-Isteri mahu sangat anak, apa penyelesaian agama lain berikan? Mungkin cerai isteri pertama dan kahwin dengan perempuan lain, bagi setengah agama tidak dibenarkan bercerai dan berkahwin lain apa penyelesaiannya? Ramai yang berkahwin secara senyap atau mempunyai perempuan simpanan, sungguhpun agama melarangnya tetapi undang-undang tidak dapat melindungi perempuan seperti ini (mengikut bancian yang dibuat). Islam benarkan untuk kahwin lagi, bahkan anak yang lahir dari isteri kedua juga anak daripada isteri pertama maka lahirlah keluarga yang bahagia.
5. Sekiranya isteri lumpuh seluruh badan dan suami masih muda lagi sehingga keinginan sexual masih tinggi, nak melakukan hubungan sexual dengan isteri lumpuh adalah satu kezaliman. Adakah lelaki harus mempunyai perempuan simpanan atau melanggan pelacur? Apa penyelesaian yang diberikan agama lain? Islam membenarkan suami berkahwin lagi, suami boleh memilih isteri kedua yang sanggup menjaga suami, anak dan isteri pertama. Maka akan terbina satu keluarga bahagia dan sejahtera sekiranya suami isteri melaksanakan perkahwinan mengikut panduan yang diajarkan islam.
No comments:
Post a Comment