Angka tersebut hasil rumusan Ketua Jurulatih, Steve Darby berdasarkan pemerhatian beliau sepanjang latihan pra musim sejak awal Disember lalu, dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menganggap ia masih tidak cukup kuat bagi juara bertahan Piala FA itu menghadapi saingan liga domestik musim ini.
“Saya tidak mengharapkan keajaiban untuk Kelantan menjadi pasukan yang hebat pada musim ini. Pasukan yang dibina Steve Darby ini akan menghadapi separa musim yang pertama dengan cukup mencabar.
“Untuk kesebelasan utama, kita hanya ada lebih kurang 16 pemain gred A dan pemain lain mestilah dianggap sebagai sokongan. Ini tidak mencukupi, sepatutnya kita ada 22 pemain gred A, barulah pasukan akan lebih mantap," katanya.
Menurutnya, Kelantan bakal berdepan keperitan jika tonggak utama mereka mengalami kecederaan, apatah lagi mereka terpaksa menghadapi jadual perlawanan padat sepanjang Mac hingga April tahun ini.
“Dalam masa enam minggu, kita akan beraksi dalam setiap perlawanan selang tiga hari. Ini (jadual perlawanan) mengalahkan liga bola sepak di dunia dan sudah tentu ada pemain mengalami kecederaan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menegaskan, beliau akan terus membantu Kafa mendapatkan sumber kewangan biar pun sudah mengundur diri daripada memimpin persatuan tersebut.
“Saya beritahu Kafa, tak usah risau fikir soal duit. Kafa memerlukan minimum RM8 juta untuk perbelanjaan musim ini. Memang cari duit (penajaan) memenatkan tetapi saya telah beritahu syarikat saya, Al-Hambra dan TRW.com Sdn Bhd uruskan perkara ini.
"Pemain jangan bimbang, biar dia buat kerja mereka asalkan tradisi kecemerlangan bola sepak Kelantan dikekalkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment