Saturday, 15 February 2014

Candy Crush Kaut Keuntungan Sebanyak USD633 Ribu Setiap Hari


Ramai yang suka bermain permainan Candy Crush Saga yang terdapat di dalam telefon pintar mahupun tablet. Tetapi tahukah anda syarikat yang mencipta Candy Crush Saga mengaut keuntungan hampir USD633,000 keuntungan setiap hari.




Permainan ciptaan King.com Limited itu boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android dan ios, namun permainan itu turut menawarkan pembelian dari dalam aplikasi itu sendiri. Para pemain diberi peluang untuk membeli beberapa bantuan di dalam permainan berkenaan supaya dapat mara ke peringkat seterusnya.


Secara puratanya, seorang pemain akan membelanjakan sebanyak USD2.84 sehari. Setakat ini terdapat lebih daripada 6.7 juta pemain aktif. Candy Crush Saga telah membuat ramai yang ketagih dengan permainan tersebut sehingga ada yang sanggup berhabis wang semata-mata untuk ke peringkat yang seterusnya menyebabkan keuntungan syarikat yang menghasilkan permainan tersebut semakin bertambah. Berbaloikah berhabis wang untuk permainan seperti itu?

No comments:

Post a Comment