Monday 18 February 2013

BINTANG PALING BESAR

Matahari juga adalah sebuah bintang,dgn garis pusat 1.4 juta kilometer.Keluasan matahari itu tidak boleh di gambar kan dgn ukuran tp ia hanya boleh dibayangkan begini...Keluasan matahari boleh memuatkan satu juta bumi di dalamnya...

Bagi mengukur saiz bintang pula biasanya ahli astronomi menggunakan istilah 'solar radius' dan 'solar mass'.Ukurannya begini,satu solar radius adalah 690,000 kilometer dan satu solar mass ialah 2 x 1,030 kilogram.Jumlahnya 2,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000 kg...


Antara bintang yang paling popular dan besar didalam sistem suria,ialah ETA CARINAE.Saiznya empat kali ganda matahari,jaraknya lebih kurang 7,500 tahun cahaya dari bumi Dan berat 100 solar mass.kecerahannya melebihi empat juta kali berbanding cahaya matahari...


ETA CARINAE belum boleh di pastikan sebagai bintang paling besar di cakerawala ini kerana Profesor Roberta Humpherys pensyarah terkenal di universiti Minnesota amerika syarikat pernah melaporkan bahawa bintang VY CANIS MAJORIS adalah yg paling besar.Jaraknya dgn bumi adalah 5,000 tahun cahaya.Bintang ini 2,100 kali lebih besar daripada matahari.Keluasannya lebih besar daripada saiz orbit planet saturn Dan memerlukan lapan jam cahaya untuk merentasinya.Sedangkan,cahaya matahari mengambil masa selama 8 minit saja untuk sampai kepermukaan bumi.



Adakah ETA CARINAE atau VY CANIS MAJORIS adalah bintang yang paling besar di dalam sistem suria...???sebenarnya terlalu sukar untuk menentukanya kerana cekerawala ini mempunyai lebih banyak lagi bintang bintang yg lebih besar tetapi penglihatan kita di lindungi oleh hamparan debu Dan gas...


Sebenarnya,bintang adalah bebola jisim gas yg terbentuk daripada tarikan graviti.Ia lahir hasil daripada gabungan gas hidrogen Dan debu debu di angkasa yang kemudiannya membentuk NEBULA.Semakin banyak debu Dan gas yg terkumpul,semakin kuat lah daya tarikan gravitinya.Ini akan menarik lebih banyak debu dan gas hingga termampat menjadi bebola gas...


Bintang terdekat dgn bumi adalah matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer,di ikuti oleh Proxima Centauri dalam constellation Centaurus kira-kira empat tahun cahaya.Bintang- bintang ini sukar dilihat dgn jelas kerana dikelilingi gas dan debu,hanya cahaya nya saja yg kelihatan.Jadi,masih sulit untuk menentukan bintang apa yang paling besar sekali di dalam sistem suria kerana ruang angkasa itu terlalu luas.Mustahil dapat diteliti setiap sudut ruang angkasa.


Bintang paling besar adalah bintang yang paling sejuk sekali.Kesimpulannya ialah ETA CARINAE bukan lah bintang paling besar walaupun cahayanya paling terang.Ini kerana suhu ETA CARINAE terlalu panas iaitu mencapai 25,000 kelvin dan ukurannya cuma 400 solar radii.


Bandingkan pula dgn bintang VY CANIS MAJORIS kepanasannya hanya 3,500 kelvin saja.Dgn saiznya 2,100 kali ganda saiz matahari,bintang ini memang cukup besar di dalam sistem suria.Permukaannya terbentang luas hingga memenuhi orbit planet zuhal...


Setakat ini bintang yg paling besar ialah VY CANIS MAJORIS.Ia paling sejuk sekali Dan 2,100 kali ganda lebih besar daripada matahari.Tp jawapan itu boleh berubah apabila ahli astronomi menemui bintang- bintang lain yang lebih besar lagi.Sekarang bintang- bintang ini terlindung di sebalik gas dan debu serta letaknya terlalu jauh daripada pandangan mata kita.


"Apa yang ada di langit,segala yang ada di bumi,segala yg wujud antara
Kedua-duanya Dan semua yg di bawah tanah,semuanya kepunyaan ALLAH."

-SURAH TOHA:6-





No comments:

Post a Comment