Saturday 27 April 2013

Kalau dunia tanpa Internet

Apa yang akan jadi jika tiba-tiba darurat internet dilancarkan dimana tiada lagi penggunaan internet seluruh dunia?

1) Mak ZukonBog Gulung Tikar

- Istilah facebook lenyap dalam hati manusia. Tak perlulah setiap hari on laptop semata-mata nak tengok notification sehinggakan kerja rumah ditolak tepi.

2) Hackers Menangis

- Kehebatan hackers tidak lagi dipandang. Tiada lagi webpage untuk dicanaikan. Phishing dah bertukar menjadi fishing.

3) Era Cd Cetak Rompak Bermula Kembali

- VCD cetak rompak yang semakin lenyap ditelan zaman akan kembali popular kerana tiada lagi sumber untuk download movie.

4) Politik Suram

- Tiada lagi pergaduhan maya di kalangan ahli persatuan. Hilangnya seri pergaduhan antara pejuang-pejuang parti palsu yang pengecut.

5) Gambit Saifullah Tidak Lagi Kontroversi

- Nama yang cukup popular di website gosip ini akan kurang disebut.Video klip kontroversi hanya sekadar jadi pekasam.

6) SKMM Hilang Punca

- Tiada lagi kerja website untuk diblock. Apa lagi yang hendak diblock selepas ini?

7) Maruah Lebih Terpelihara

- Selama ni, gambar-gambar tidak menutup aurat secara meluas ditayangkan di mana-mana webpage. Internet dah takde, simpan untuk laki lah plak.

8) Handset 3G Laris Di Pasaran

- webcam di Skype menjadi pilihan. Bila dah takde internet, terkapai-kapai mencari 3g. Yela, nak tengok muka yang tersayang nun jauh di perantauan.

9) Hilang Buffered Earning

- Internet dah takde, mana nak dapat buffered earning lagi. Silap-silap, nuffnang pun dah tukar jadi kilang roti.

No comments:

Post a Comment