Friday 12 July 2013

Tips Sentiasa Bahagia Bersama Pasangan

 
 

Assalamualaikum semua

Kali ini Kasih Suci ingin kongsikan beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk terus bahagia bersama pasangan.

-Sentiasa menjadi diri sendiri.

Tak perlu menjadi diri insan lain. Usah berpura-pura dalam mencipta identiti diri di depan insan tersayang. Cuba selesa menjadi diri sendiri agar tidak nampak berpura-pura . Kamu akan lebih selesa apabila kelihatan natural dan bersahaja.

-Sentiasa ikhlas

Ikhlas la dalam menerima baik buruk pasangan. Jangan meminta dia berubah menjadi insan lain. Ya kita boleh berubah menjadi seseorang yang lebih baik tapi tidak perlu berubah menjadi insan yang kita tak mampu jadi seperti mereka. Berubah dari jahat ke arah baik itu adalah lebih baik

-Sentiasa jujur

Jujurlah dalam apa jua perkara yang kita lakukan terhadap pasangan kita. Apa saja aktiviti yang ingin kita lakukan beritahu mereka agar mereka tidak merasa diketepikan.

-Berkongsi pendapat

Adalah sesuatu yang indah apabila dapat berkongsi pendapat bersama insan tersayang. Diri akan lebih merasa dihargai apabila pasangan bertanyakan pendapat kita tentang sesuatu perkara. Walau perkara kecil tetapi bila ia dikongsi bersama ia akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna.

-Kongsi masalah bersama

Apabila saling berkasih sayang perlulah kita berkongsi masalah bersama. Ada sesetengah pasangan mereka tidak boleh berkongsi masalah. Perlu ada sahabat lain pula dalam hidup mereka kerana mereka hanya boleh berkasih sayang tetapi terasa janggal bila berkongsi masalah. Pendek kata pasangan mereka bukan pendengar atau penasihat yang baik maka mereka tidak memilih untuk berkongsi masalah atau cerita dengan pasangan mereka.

-Saling mempercayai

Saling mempercayai dalam hubungan amat penting kerana apabila asik meragui kejujuran pasangan walau ia setia terhadap kita hubungan itu akan menjadi tegang dan hambar. Terasa diri sentiasa diperhatikan. Lama-lama pasangan akan bosan dan melangkah pergi kerana terasa diri dilayan seperti banduan

Banyak lagi tips yang ingin Kasih Suci kongsikan , namun untuk kali ini cukuplah setakat ini sahaja. Kita bertemu di lain entri lain saja ya..

Jangan lupa jaga kesihatan, banyakkan minum air suam. Illalliqa’..maassalamah.

No comments:

Post a Comment