Wednesday 11 June 2014

SEJARAH MENTERI PADUKA RAJA

Dato Hj Nik Mahmud bin Nik Ismail dilahirkan di Kota Bharu sekitar tahun 1880an. Ibu beliau ialah Wan Aisyah binti Wan Othman.

Beliau mendapat pendidikan awal agama daripada ayahanda beliau sendiri Hj Nik Ismail Qadhi yang merupakan seorang guru agama dan rakan seperguruanSyeikh Ahmad al-Fatani.

Setelah kematian ayah beliau Hj Nik Ismail Qadhi pada tahun 1898M, ibu beliau menghantar beliau ke Timur Tengah untuk melanjutkan lagi pelajaran beliau.Ibubeliau menyerahkan urusan pengajian beliau kepada Syeikh Ahmad al-Fatani.

Sekembalinya beliau ke tanah air pada 1908, beliau bekerja sebagai seorang kerani di Balai Besar, Kota Bharu.

Dato Nik Mahmud menjadi Dato’ Perdana Menteri Kelantan selama 38 tahun dan berkhidmat di bawah pemerintahan tiga orang Sultan, bermula dari Sultan Muhammad Ke IV, Sultan Ismail hingga ke zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.

Selain seorang pentadbir yang cekal, Dato’ Nik Mahmud juga merupakan seorang pengarang. Antara kitab-kitab yang dikarang oleh beliau termasuklah kitab Pati Rahsia, Tajuk Kemuliaan, Benih Agama, Kitab Pati Bahasa dan Kitab Perbendaharaan Mastika.

Dato’ Nik Mahmood mempunyai tiga orang cahayamata iaitu Nik Zainab, ( Tan Sri Dato’ ) Nik Ahmad Kamil dan ( Dato Sri Amar DiRaja, Tan Sri ) Nik Mustapha Fathil.

Update: Dato’ Perdana mempunyai isteri kedua, bernama Wan Tik dan memperolehi dua orang anak iaitu Nik Azizah dan Nik Ismail

Beliau meninggal dunia pada tahun 1964 pada usia 84 tahun di rumah beliau diJalan Atas Banggol.

Update: Dato’ Perdana Nik Mahmud berkahwin dengan Cik Aisyah, adik kepada Datuk Laksamana Hj Muhammad bin Hj Muhammad Said.

Beliau juga disebut sebagai pengasas Silat Terlak 4 yang diterima dari Tuan Guru Tamam Indera Muda.

Hasil perbualan dengan Nik Abdul Hafiezh Nik Mahmood, PakNik dimaklumkan bahawa Dato’ Perdana Nik Mahmud mempunyai tiga orang adik beradik iaiatuNik Salamah, Nik Abdul Majid dan Nik Ahmad.

No comments:

Post a Comment