Sunday 27 April 2014

KAFA dedah faktor pilih Boateng

 


Kota Bharu: Berdasarkan dari yang sudah masak serta arif dengan selok belok Liga Malaysia (Liga-M) menjadi antara faktor utama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memilih George Boateng membimbing The Red Warriors (TRW) berbanding jurulatih lain.

Faktor itu didedahkan sendiri Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, yang menyifatkan pemain tengah kelahiran Belanda itu tahu dengan corak serta tahap permainan semua pasukan dalam Liga-M. 
“Pada saya, Boateng ada satu kelebihan pada dirinya berbanding jurulatih lain iaitu pernah beraksi di Malaysia sekali gus menjadikannya masak serta 
tahu dengan rempah ratus Liga-M.


Untuk dua pemain import (sebelum ini), Kelantan membayar hampir RM200,000 sebulan, namun sikap mereka sangat mendukacitakan dengan pelbagai ragam, malah sesetengahnya bertentangan dengan agama dan adat," Tan Sri Annuar Musa, Penasihat KAFA

Bukti nilai sebenar

“Memasukkan Boateng dengan digabungkan bersama tenaga sedia ada iaitu Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin, adalah ikhtiar terbaik yang saya dapat lakukan dalam memastikan kejayaan TRW musim ini,” katanya dalam laman sosial Facebooknya, di sini, semalam.

Boateng yang juga bekas pemain T-Team dilantik menggantikan Steve Darby yang dipecat baru-baru ini. Sebelum kemasukan Darby, TRW di bawah bimbingan Bojan Hodak berjaya mencipta kejuaraan ‘treble’ sekali gus sejarah bagi bola sepak Kelantan.

Annuar bagaimanapun kecewa apabila pelaburan besar yang dilakukan untuk membangkitkan semula semangat TRW, gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. 
“Untuk dua pemain import (sebelum ini), Kelantan membayar hampir RM200,000 sebulan, namun sikap mereka sangat mendukacitakan dengan pelbagai ragam, malah sesetengahnya bertentangan dengan agama dan adat.

“Jadi, saya menuntut semua pemain yang menerima gaji dari KAFA supaya membuktikan nilai sebenar mereka kerana TRW tidak mempunyai tempat untuk pemain yang 'jual mahal'. Tiada siapa yang harus merasakan mereka penting dan besar. Keutamaan ialah TRW,” katanya.

No comments:

Post a Comment