Monday 9 December 2013

KEBAIKAN MEROKOK

 
  


1. Sentiasa Awet Muda

Rambut tidak beruban atau warna putih. Rambutnya sentiasa hitam yang membuatkan perokok kelihatan sentiasa macho dan hensem. Setelah menjadi perokok tegar, pelbagai penyakit lagi mudah untuk datang menemani perokok. Sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua dimamah usia kerana usia yang semakin pendek dan tidak sempat merasai kehidupan semasa tua.

2. Seorang yang pemurah dan baik hati

Merokok dapat melatih seseorang menjadi seorang yang baik hati dan pemurah. Apabila jumpa kawan terus dipelawa sebatang rokok atau lighter rokok. Baru berkenalan pun mudah je hulur kawan baru rokok. Sifat ini lebih kurang praktis seperti derma orang miskin, derma untuk mangsa bencana alam seluruh dunia dan banyak lagi.

3. Menambahkan pendapatan negara

Jika tiada yang merokok, mungkin pendapatan negara akan merosot teruk kerana cukai rokok antara sumber utama pendapatan negara. Oleh kerana makin tahun makin ramai yang merokok semakin naik gaji para pekerja sektor awam. Perokok adalah aset penting sumber pendapatan dalam sesebuah negara.

4. Mengawal populasi penduduk dunia

Merokok boleh mengawal populasi penduduk dunia dengan mengurangkan kepadatan penduduk. Perokok biasanya mempunyai lifetime yang kurang dari non-smoker. Secara tidak langsung kepadatan penduduk dapat dikurangkan. Penduduk dunia yang semakin hari semakin pesat bertambah bilangannya dapat dikawal daripada menjadikan bumi terlampau sesak.

5. Menambahkan pendapatan doktor

Perokok dapat menambahkan pendapatan seorang doktor kerana perokok mudah dijangkiti penyakit kronik seperti sakit jantung, stroke dan lain-lain. Setiap hari pesakit yang jatuh sakit disebabkan oleh rokok menjadi semakin bertambah dan ini menambahkan bilangan masa bekerja bagi para doktor seterusnya meningkatkan pendapatan doktor. Baguskan?

6. Merokok menjimatkan kos ubat nyamuk

Perokok dah tak perlu beli ubat nyamuk kerana asap rokok yang dihembuskan boleh diguna untuk menghalau nyamuk-nyamuk daripada menggigit badan perokok tanpa menggunakan sebarang ubat nyamuk.Jimatkan? Fungsi 2 dalam 1 rokok ni.

7. Orang sekeliling dapat rasai penderitaan

Jika kebiasaan kalau sakit kita hanya mampu memandang dan tidak rasai penderitaan orang yang jatuh sakit. Tapi kini, keluarga dan rakan-rakan si perokok juga dapat merasai penderitaan si perokok melalui asap rokok yang merosakkan kesihatan mereka semua. Bak kata omputeh, sharing is caring kan?

8. Merokok dapat menambahkan kenalan

Dengan merokok kebiasaan mudah lebih mesra daripada orang yang tidak merokok. Bila dah selalu keluar masuk wad kat hospital lagi ramai kenalan perokok kenal di hospital. Perokok dapat la saling suai-kenal dan mengeratkan silatulrahim dengan member-member senasib.

9. Merokok mengurangkan pencemaran bahan kimia

Kandungan rokok mempunyai beribu jenis bahan kimia buangan yang dah tak digunakan. Contohnya lebihan tar jalan jika dibuang boleh menambahkan pencemaran kimia. Jadi dari dibuang baik guna jadi bahan-bahan buat rokok. Kebaikannya pembuangan bahan kimia secara haram dapat dikurang dengan rokok.

10. Berkawan dengan jin

Jin ialah makhluk Allah yang hidup dengan makan asap. So, perokok ini sudah semestinya antara kawan baik jin kerana sentiasa menghembuskan asap rokok. Memang hebat boleh geng dengan jin.

No comments:

Post a Comment