Monday 9 December 2013

MENARIK TENTANG ANGKASA

 


Sistem solar terdiri daripada sembilan buah planet dan beberapa objek kecil seperti planet minor, meteroid, asteroid dan komet.

Fakta Mengenai Alam Semesta

1. Saintis menganggarkan sistem solar telah berusia lebih 4.6 billion tahun.

2. Dianggarkan bilangan bintang di alam semesta lebih banyak daripada bilangan pasir di pantai.

3. Bumi dikatakan mempunyai lapisan atmosfera yang amat nipis.

4. Bumi dikatakan dihentam oleh enam tan meteorit setiap hari.

5. 70 peratus bumi terdiri daripada air tetapi 97 peratus daripadanya adalah air masin dan menjadikan hanya tiga peratus merupakan air tawar.

6. Jika anda meletakkan Planet Zuhal di dalam tab mandi, ianya pasti akan terapung kerana planet itu kurang tumpat daripada air.

7. Gunung paling tinggi di dalam sistem solar adalah Olympus Mons di Marikh dengan ketinggian 24.14 kilometer, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Gunung Everest dan meliputi kawasan separuh Sepanyol.

8. Suhu di Planet Zuhrah amat panas sehingga boleh meleburkan besi.

9. Planet Musytari dikatakan bertindak sebagai mesin pembersih hampagas yang besar kerana berupaya menarik dan membersihkan meteor dan komet. Dianggarkan tarikan graviti Musytari adalah 10,000 kali lebih kuat berbanding bumi.


No comments:

Post a Comment