Sunday 27 April 2014

Perokok payah dapat jodoh di Saudi

PENYELIDIKAN terbaharu menunjukkan bahawa merokok tidak lagi menjadi penyebab utama kanser dan penyakit jantung, namun telah menjadi penyebab utama untuk dilarang melakukan perkahwinan di Madinah, Arab Saudi.

Sebuah laporan yang diterbitkan oleh akhbar Okaz, Pengadilan Umum di Madinah mencatatkan wanita-wanita mengajukan lebih daripada 100 gugatan meminta cerai kerana menolak untuk meneruskan perkahwinannya dengan suami yang merokok.

Laporan ini menunjukkan bahawa merokok telah menjadi salah satu alasan utama penolakan isteri untuk melanjutkan hubungan dengan suami yang merokok. Laporan itu juga termasuk referensi penyelidikan yang mengkonfirmasi banyaknya gadis di Madinah menolak berpasangan dengan perokok remaja/pemuda.

Laporan tersebut juga menunjukkan sejumlah pengadilan di berbagai daerah di Arab Saudi mencatat banyak kes penceraian kerana merokok, di mana ramai isteri yang menolak meneruskan hubungannya dengan suami perokok.

 Para spesialis mencuba melakukan riset tentang impak rokok terhadap perkahwinan, sehingga banyak penelitian yang mengungkapkan bahawa 40 peratus mahasiswi di beberapa universiti menolak berkahwin dengan lelaki yang merokok. Penelitian ini mengindikasikan alasan dan penolakan mereka kerana merokok dapat menyebabkan kerosakan kesihatan pada suami, isteri, anak dan seisi rumah. (Demikian menurut al-Arabiya).

Manakala akibat rokok, menurut penyelidikan Kementerian Kesihatan Malaysia: 50 peratus daripada golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita bawah umur 30 tahun adalah 5:1. Kadar merokok daripada golongan remaja dan wanita semakin meningkat 25 peratus daripada pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70 peratus daripada kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah. 60-75 peratus daripada asap rokok akan disedut oleh orang tidak merokok. Hanya 50 peratus perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.

Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi 10-12 peratus kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Bahan toksik dalam asap rokok ialah metanol (bahan api), nitrobenzene (gasoline), butane (cecair pemetik api), raksa (logam dalam jangka suhu), taulena (pelarut industri), ammonia (pencuci lantai), arsenic (racun tikus), karbon monoksida (asap kereta), sianida (racun berbisa), dan lain-lainnya. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang mana 200 daripadanya adalah beracun dan 63 adalah penyebab kanser (karsinogenik), nikotin, tar bahan membuat jalan raya, dan sebagainya.

Kesudahan akibat merokok: Keguguran rambut, katarak, kanser hidung, kulit berkedut, pereputan gigi, pekak, kanser lidah, kanser kulit, kanser paru-paru, sakit jantung, kanser payudara, kanser ginjal, kanser pankreas, ulser perut, kanser uterus dan keguguran, mati pucuk, kecacatan sperma, dan lain-lain.

Kebaikan tidak merokok: Sihat, cergas dan berstamina, berketerampilan segak, matang dan disegani, semua agama melarang penganutnya melakukan perbuatan yang merosakkan diri, cemerlang dalam pelajaran, ceria dan mempunyai ramai kawan.

Berhentilah merokok: Anda membunuh diri anda dan mereka di sekeliling anda. Buatlah keputusan yang bijak. Bebaskan diri anda daripada ketagihan nikotin, apa lagi dadah dan pil khayal atau pil gila dan minuman keras.

Selamatkan diri dan orang tersayang anda. Dapatkan bantuan perubatan untuk menolong anda berhenti merokok, atau berdoa di tempat afdal seperti di pintu Kaabah di Mekah.

No comments:

Post a Comment